Ahad, 14 Jun 2009

menggunakan 3 perisian untuk mengembalikan fail yang hilang

Di dalam artikel saya yang lepas, Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ? , dimana artikel ini menerangkan tentang fail anda disimpan setelah dipadam. dan fail ini juga dapat dikembalikan seperti asal sekiranya anda terpadam dengan tidak sengaja dengan menggunakan perisian - perisian tertentu. Disini ada 3 perisian yang dapat membantu anda untuk mengembalikan fail anda kembali. :)


1. Recuva

recuva1Recuva sebenarnya singkatan bagi “recover” dimana ia satu perisian percuma yang dibangunkan oleh Priform. Ia boleh dgunakan pada Windows Vista, XP, 2003, 2000 dan 98. Perisian recuva iini bukan saja dapat mengembalikan fail pada cakera keras malah ia juga dapat mengembalikan data yang terpadam dari flash/USB drive, kad memori atau pemain mp3.

recuva2

Anda boleh mencari mengikut jenis – jenis data seperti gambar, audio atau dokumen. Ia merangkumi semua jenis fail termasuk mp3, wma, wmv, rtf, url, doc,xls, ppt, vsd, tiff, jpg and png.Ia juga boleh dicuba dengan kaedah carian cepat [ fast scan ] atau carian mendalam [ deep scan ] . Dengan kaedah carian mendalam fail akan dicari dengan meluas. Klik disini untuk memuat turun perisian ini.

2.PC Inspector File Recovery

pc-inspectorPC Inspector File Recovery juga sejenis perisian mengembalikan data. Ia digunakan untuk sistem fail FAT 12/16/32 dan NTFS. Pada sistem fail FAT, perisian ini akan mencari pembahagi [ partitions ] secara sendiri, samada boot sector atau FAT itu sudah dipadam atau rosak.

pcinspector

Sorang pembaca blog ini telah mencuba perisian ini, anda boleh membaca komen nya di sini. Untuk memuat turun klik di sini.

3. File Recovery Professional

File Recovery ProFile Recovery Professional boleh mengimbas dan mencari partition yang hilang, boot sectors dan komponen sistem fail. Ia juga boleh mengesan drives yang tidak kelihatan pada Explorer. Antaramuka perisian ini senang digunakan dan ia dibangunkan untuk mencari fail dengan lebih mudah.

filerecovery pro 1

File Recovery Pro ini boleh mengembalikan data dari

  • Partitions yang hilang atau terpadam
  • Pemasangan [ Installations ] mempunyai masalah.
  • Fail yang diserang virus yang dipadam

2 ulasan:

  1. bagus yuz....usaha lagi....kasi senang jak ati cg kamu..ndak rugi pun...kot2 dpt platih tbaik...tuah manusia sepa yg nampak kan?????????

    BalasPadam
  2. hehehe.. cikgu nie ada2 ja.. syukur la juga klu dpt pelatih terbaik.. hehe.. nie semua untuk rakan2 yg lain.. sya pun bru ja belajar dri internet pastu post la d blog sya.. hehe..

    BalasPadam