Khamis, 17 Februari 2011

Mau share serba sedikit..

Halu.. mcm lama sdh sya xda share2 ilmu mengenai komputer... kali ni sya mau share2 tentang penggunaan software "Advance SystemCare".. xda juga memakan ruang yg besar dlm hard disc kmurg.. xda perlu la install bnyk2 software..bnyk kegunaan dia.. klu mau lebih tau.. try la guna ni software ya..                                                    :-) selamat mencuba..

Khamis, 2 Disember 2010

Saja nak kongsi2 ceta..^^


Pejam celik pejam celik..dah bulan Dec.. cepat btl masa berlalu..Tahun depan dah masuk umur 22 tahun dah..wah..mcm tidak percaya o..hehehe.. apa2pun hidup mesti bahagia! hehe.. harap2 azam tahun depan akan tercapai.. oya, cerita2 mengenai azam.. sya belum terfikir apa azam tahun depan.. maybe khwin ka..oppss..hehe.. ataupun jadi big boss ka..hehehe.. main2 ja.. apa2 pun have a nice day! ♥ all..

Rabu, 3 Februari 2010

hrmm...

skrg da masuk bulan feb.. memang payah nak bercinta ni.. banyk dugaan.. banyk perselisihan faham.. sejak sya break-up dgn "Dia" kwn2 sya pun mengelak dari sya.. entah apa slh sya yg sebenarnya,, slh ka sya berkwn dgn kwn2 yg mereka tak suka??? drg tu bukan nya penentu hidup sya.. ataupun penentu masa depan sya... tp, sya tetap xda akan membenci sesiapapun.. kerna membenci itu dosa yg paling besar.. ingat tu... hrmm.. apa2pun happy go lucky yuslin!!!!! lupakan la apa yg sudah berlalu.. yg penting skrg.. apa yg d depan mata kau,,k bye!!

Ahad, 4 Oktober 2009

hai semua..

erm.. sudah sekian lama sya xda update blog sya.. sowi la ya.. busy cikit.. sejak keja d dlm office nie.. bukan senang tau jd kerani.. susah banget!! bikin skit kepala lg.. huhuhu.. xda lama lg mo tmbh 2 mata lg nie.. apa2 pun have a nice day! bye!!!!!!!!!

Ahad, 14 Jun 2009

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda

laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

laju-xp-03 Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana – mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan – perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen – komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

menggunakan 3 perisian untuk mengembalikan fail yang hilang

Di dalam artikel saya yang lepas, Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ? , dimana artikel ini menerangkan tentang fail anda disimpan setelah dipadam. dan fail ini juga dapat dikembalikan seperti asal sekiranya anda terpadam dengan tidak sengaja dengan menggunakan perisian - perisian tertentu. Disini ada 3 perisian yang dapat membantu anda untuk mengembalikan fail anda kembali. :)


1. Recuva

recuva1Recuva sebenarnya singkatan bagi “recover” dimana ia satu perisian percuma yang dibangunkan oleh Priform. Ia boleh dgunakan pada Windows Vista, XP, 2003, 2000 dan 98. Perisian recuva iini bukan saja dapat mengembalikan fail pada cakera keras malah ia juga dapat mengembalikan data yang terpadam dari flash/USB drive, kad memori atau pemain mp3.

recuva2

Anda boleh mencari mengikut jenis – jenis data seperti gambar, audio atau dokumen. Ia merangkumi semua jenis fail termasuk mp3, wma, wmv, rtf, url, doc,xls, ppt, vsd, tiff, jpg and png.Ia juga boleh dicuba dengan kaedah carian cepat [ fast scan ] atau carian mendalam [ deep scan ] . Dengan kaedah carian mendalam fail akan dicari dengan meluas. Klik disini untuk memuat turun perisian ini.

2.PC Inspector File Recovery

pc-inspectorPC Inspector File Recovery juga sejenis perisian mengembalikan data. Ia digunakan untuk sistem fail FAT 12/16/32 dan NTFS. Pada sistem fail FAT, perisian ini akan mencari pembahagi [ partitions ] secara sendiri, samada boot sector atau FAT itu sudah dipadam atau rosak.

pcinspector

Sorang pembaca blog ini telah mencuba perisian ini, anda boleh membaca komen nya di sini. Untuk memuat turun klik di sini.

3. File Recovery Professional

File Recovery ProFile Recovery Professional boleh mengimbas dan mencari partition yang hilang, boot sectors dan komponen sistem fail. Ia juga boleh mengesan drives yang tidak kelihatan pada Explorer. Antaramuka perisian ini senang digunakan dan ia dibangunkan untuk mencari fail dengan lebih mudah.

filerecovery pro 1

File Recovery Pro ini boleh mengembalikan data dari

  • Partitions yang hilang atau terpadam
  • Pemasangan [ Installations ] mempunyai masalah.
  • Fail yang diserang virus yang dipadam