Ahad, 22 Februari 2009

sebuah cerita...

Kedai Runcit Sorga

Ketika aku sedang berjalan melalui lebuhraya, aku tertarik dengan sebuah papan tanda dengan tulisan indah yang berbunyi “Kedai Runcit Sorga” Tanpa berlengah, aku menghampiri kedai di sebelah papan tanda tersebut, dan sebuah pintu terbuka luas dan tanpa disedari aku sudah berada di dalam kedai itu.

Aku nampak sekumpulan Malaikat. Mereka berdiri di semua sudut kedai. Salah seorangnya menghulurkan aku bakul sambil berkata “Anakku, berbelanjalah dengan berhati-hati” Semua yang diperlukan & dikehendaki oleh orang percaya ada di dalam kedai tersebut. Yang ajaibnya andaikata anda tidak mampu membawa pulang barang-barang itu pada hari ini, anda boleh saja datang semula ke kedai dan mendapatkannya seberapa banyak yang anda kehendaki.
Langkah pertama aku adalah mendapatkan KESABARAN. KASIH juga berada pada barisan rak yang sama. Berjalan ke hadapan sedikit aku terjumpa produk bernama PENGETAHUAN, yang diperlukan ke manapun aku akan pergi. Aku mendapatkan sekotak HIKMAT, dua beg IMAN. Aku juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan ROH KUDUS yang berada di semua tempat dan ruang. Seketika aku terhenti di KEKUATAN dan PENGHARAPAN untuk membantu aku melalui sebarang bentuk perlumbaan dan ku lihat bakulku semakin penuh, tanpa berlengah aku segera mendapatkan KASIH KARUNIA di rak yg sama. Aku juga tidak melupakan untuk mendapatkan KESELAMATAN, kerana dengan keselamatan aku dimerdekakan. Maka aku berusaha mendapatkan seberapa banyak keselamatan untuk ku hadiahkan dan kongsikan dengan dirimu, juga para sahabat sekelilingku.

Melihat kepada bakul yg semakin memberat & penuh, aku berjalan perlahan-lahanmenghampiri kaunter bayaran untuk menyelesaikan semua bill kerana aku rasa bahawa keperluanku sudah lengkap dan tepat seperti yang dikehendaki oleh Tuanku.

Semakin aku menghampiri kaunter mimbar itu, aku ternampak kelibat DOA dan aku tahu bahawa aku harus mendapatkannya dalam bakulku kerana tanpanya, aku boleh tergelincir dan bertemu DOSA. DAMAI dan SUKACITA pula berada di barisan rak yg paling belakang kerana bilangannya sedikit manakala NYANYIAN dan PUJIAN ditempatkan dekat dengan kaunter senang untukku capai.

Kemudian aku betanya kepada Malaikat yang ada di kaunter: “Berapakah bayaran untuk semua ini?” Jawab sang Malaika sambil tersenyumt: “Bawa saja semuanya ke manapun engkau pergi!” Aku masih tidak mengerti dan dengan senyuan terukir di bibir aku bertanya semula: “Sebenarnya berapakah harganya semua ini?” Lalu Malaikat dengan penuh kasih berkata: “Anakku, Yesus telah melunaskan semua billmu ini lama dahulu.”

Isnin, 9 Februari 2009

hye.........

huhu...gud moning...ari nie sya lambt masuk kelas....bab sya g hospital g minta cabut gigi..skt ow...tpsya malu nak buka mulut sebab ada pakwe yg cute..heheheh....
hari nie,sya tak dpt mkn la...skt betul kna cabut gigit..huhuhu...

Ahad, 1 Februari 2009

fredlyn

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

welcoming party pmm♥

Gud moning everybody....how about your holiday last week?? ada dpt angpau ka??hehehe..klu sya time ari sabtu,sya keluar ngan fred my bf n' my cousin..kmi g beli barang2 untuk welcoming party pmm..d kk pastu d e66..penat juga la..tapi klu ada yg tersayang d sisi sya xda penat..hehehe...ye la..lama uda tak jumpa..dia sibuk bantu uncle dia buat keja..so,time tu sya kacau2 dia beli barang..hehehe..jahat kan sya...mm..dan mlm time party tu syok la..enjoy...bnyk kwn2 datang..so kmi yg ajk pun mengenakan drg..heheh ada stu permainan iaitu,magik belon...syok la..drg takut nie..heheheh..ok la...bye...